Alexander tutup kelab peminat Xanderland Asia

Alexander atau juga dikenali Xander dan bekas ahli kumpulan U-KISS baru-baru ini telah mengumumkan bahawa kelab peminat dia Xanderland Asia telah ditutup secara rasmi.

Melalui info yang diberi oleh PD Beanz (yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan kelab itu) di laman Facebook mereka, keputusan ini diambil setelah perbincangan bersama dengan Xander sendiri.

Memandangkan Xander telah tamat kontrak dengan pengurusan Mplus Entertainment, secara tidak langsung kelab peminat tersebut turut berada di bawah pengurusan label itu.
Alexander telah menulis mesej melalui twitternya seperti berikut:
Hello everyone, this is Alexander. I would like to thank all of you for your continuous support. It is sad that my official fan club Xanderland Asia had to be closed down as it was associated with my former agency Mplus Entertainment. I would like to thank PDBeanz for their help and support for the fan club. Sorry that such an unfortunate event happened and hopefully I could have my personal official fan club for all my sincere fans someday in the future. I have signed every membership card already so if anyone hasn’t received theirs, please contact PDBeanz. Thank you for your understanding and I hope I can do more for all of you in the future.
Kali terakhir Alexander berada di sini ialah pada tahun lepas mengadakan persembahan bersama dengan penyanyi Brian Joo. PD Beanz merupakan syarikat beroperasi di Malaysia dan telah beberapa kali mengadakan aktiviti Alexander di sini.
Jika anda merupakan peminat Alexander dan pernah membuat bayaran untuk menyertai kelab peminat atau belum mendapat barangan anda, sila berhubung dengan PD Beanz dengan kadar segera.

Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.
Share on facebook
Share on twitter