Bila tengok program di tv, mesti tertengok iklan sekali juga kan. Kami pun terperasan lah ada iklan untuk filem “Codename: Jackal” lakonan Jaejoong dan Song Ji Hyo. Filem ini telah ditayangkan di pawagam Malaysia pada April yang lalu.
Kini, filem ini boleh ditonton di rumah melalui saluran 481 Astro Best. Rasanya bayaran hanya RM10 dan boleh dibeli menerusi SMS di Saluran Astro 481 dan para pelanggan boleh menonton filem ini selama 48 jam selepas tempoh langganan. Filem ini telah mula disiarkan sejak 4 Julai yang lalu.
Sinopsis:
Seorang pembunuh wanita yang tak berapa bijak lakonan Song Ji Hyo telah diupah untuk membunuh penyanyi popular lakonan Jaejoong. Pembunuh telah menculik penyanyi popular ini dan cuba membunuh dia mengikut permintaan pelanggan, tetapi polis telah tiba dan semua menjadi tidak kena. Apa yang berlaku seterusnya kepada mereka?
Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.